CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

text

Saturday 19 May 2012

AQ TELAH MELUKAKAN SESEORG

pedih utk aq terima,,aq terpksa melukakan hti seseorg yg penah bergelar kekasih slama 7 thn perkenalan aq dn dia..percaya lah aq x pnh terniat nk buat die mcm tu apa yg berlaku semua ats kehendak tuhan. mungkin antara aq dn dia sudh tak de jdh lg..aq x tau nk plih apa yg terbaik antara kami..apa yg pasti aq ingin memohon seribu kemaafan dari dia sbb aq x dpt nk beri kebahagian lgi kt dia..malah aq menhancurkan hti dia..aq tau mcm ne syg nye dia kt aq..tpi aq jek x dpt nk mhargai prasaan die..aq x nk benda nie berlaku ats perasaan simpati aq kt dia..ckup untk aq berulang kali melakukan kesilapan..dia sepatutnya sedar! dan aq ada alasan tersendiri ats apa yg berlaku..! aq x kn lpekn kngan antra aq dan dia..dn aq still syg dia wlpn bkn sbgai kksh aq x pnh buang dia dlm aty aq..aq x nk tgk dia sdey dn aq berdoa smoga dia berjumpa seorg wanita yg lebh baik dri aq, yg akan beri kbhagian dunia dn akhirat bt dia..aminnn..terima ksh ats sgala yg dia belanjakan untk aq..aq x tau mcm mne nk tebus dosa aq kt dia..aq mtk halal mkn dn minum..aq yakin dia kuat!




Monday 6 February 2012

MENDERMA DARAH BUKAN DARA..OK..!


Perspektif Islam & Sains Perubatan: Kebaikan dan Kelebihan Menderma Darah

1. Badan akan menjadi semakin gemuk dimana berat badan anda akan bertambah.
2. Berkemungkinan mendapat atau menghidap penyakit berjangkit seperti HIV dan sebagainya.
3. Badan akan mudah mendapat penyakit
4. Tidak bagus dari segi atau pandangan agama.
Jika ditanya pula kenapa ramai diantara kita yang tidak mahu menderma darah pula pasti akan ada yang menjawab “saya takut jarum!” Aduh, satu alasan yang sangat biasa didengar walaupun boleh dianggap satu alasan yang lemah. Kenapa sanggup kita berikan alasan sebegitu rupa? Adakah kita benar-benar takutkan jarum hingga menolak untuk membantu mereka yang memerlukan?
Cuba anda fikirkan, jika satu ketika sampai giliran kita mahupun ahli keluarga kita yang memerlukan bekalan darah secara emergency namun begitu tiada siapa mahu mendermakan darah? Adakah anda sanggup menerima hakikat bahawa tiada siapa yang menderma darah dan dapat menyelamatkan keluarga anda? Jika difikirkan sekarang, pasti akan berpusu-pusu orang ramai pergi mendermakan darah kerana mereka tahu satu hari nanti mereka juga akan memerlukannya.
Pernah suatu ketika anda seorang lelaki yang menggunakan pelbagai alasan untuk mengelakkan diri dari menderma darah, namun begitu pada suatu hari segalanya berubah.
“Adik nak derma darah ke adik?”… Kata seorang doktor..
“Eh, tak adalah kak, saya mari temankan kawan saya jer…” Balas lelaki ini..
” O..kalau macam tu, marilah dik, dermakan darah..Banyak pahalanya dik…” kata doktor itu lemah lembut..
“Tak apalah kak, dah ramai yang derma ni… Lagipun saya takut jarum”..
“La, tak sakitlah adik… Sikit jer ni”..
“Kak, saya kata tak nak tu maknanya taknaklah… Akak tak faham ke, derma darah kan bukan wajib… Saya tak nak, so janganlah paksa… Buat apa nak derma, darah saya sendiri pun tak cukup ni!”… Kata lelaki ini dengan kasarnya..
Doktor itu hanya tersenyum….” adik… jangan cakap macam itu… Kalaulah kata-kata adik tadi makbul, sampai masa darah adik betul-betul tak cukup”…
Kemudian doktor itu terus berlalu pergi….


Kebaikan Derma Darah Mengikut Pakar Perubatan Sains
Pendermaan darah boleh merangsang badan menghasilkan lebih banyak sel darah baru. Secara tidak langsung ia meningkatkan taraf kesihatan penderma kerana sel darah baru mempunyai keupayaan membawa oksigen yang jauh lebih baik berbanding sel lama.
Ini menyebabkan ramai penderma darah merasa lebih segar dan sihat selepas menderma darah, di samping dapat membantu orang lain. Malah, rata-rata penderma memberi maklum balas mereka lebih tenang kerana mengetahui darah mereka digunakan untuk menyelamatkan nyawa pesakit.
“Selain itu, penderma darah boleh berasa tenteram kerana mempunyai tahap kesihatan baik. Ujian darah dijalankan ke atas semua penderma, walaupun mereka penderma tetap.
- Pakar Patologi Pusat Darah Negara (PDN), Dr Norris Naim
dalam artikel Derma Darah Sihatkan Badan
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN, Harian Metro
Selain itu, ada satu artikel dari Berita Harian Online yang sangat menarik untuk dibaca mengenai Derma Darah ini. Dalam artikel ini ada menceritakan “mitos” derma darah dan penyangkalannya secara ilmiah.
BERAT badan bertambah dan menjadi punca penyakit merebak antara mitos yang dikaitkan dengan aktiviti menderma darah.
Bagaimanapun, pakar perubatan menyangkal persepsi salah itu. Sebaliknya, menderma darah baik untuk kesihatan selain dapat merangsang pertumbuhan sel-sel darah baru.
Bahkan rata-rata penderma darah mengakui ia bukan sesuatu yang menyakitkan.
Pengarah Pusat Darah Negara (PDN) Dr. Roshidah Hassan memberi jaminan bahawa proses menderma darah adalah selamat kerana sebelum menderma, bakal penderma dikehendaki mengisi borang soal selidik status kesihatan mereka selain menjalani ujian tekanan darah dan pengenalan jenis darah.
“Bagi setiap unit darah yang diderma, sampel darah diambil untuk ujian semula kumpulan ABO dan ujian saringan dilakukan bagi menentukan darah yang diderma selamat digunakan.
“Ujian saringan bertujuan mengesan virus hepatitis B, hepatitis C, HIV, siflis dan malaria. Jika mereka dikesan mempunyai simptom-simptom ini mereka tidak dibenarkan menderma darah,” katanya.

Roshidah berkata, andaian bahawa menderma darah boleh menyebabkan penyakit merebak juga tidak benar kerana setiap jarum yang digunakan untuk suntikan akan dibuang manakala peralatan perubatan yang digunakan juga akan disteril semula.
Walaupun PDN tidak mengalami kekurangan bekalan darah yang kritikal tetapi pusat itu menggalakkan aktiviti menderma darah kerana memerlukan bekalan darah yang konsisten.
“Secara amnya, dalam tempoh setahun bekalan darah yang ada di dalam stok, mencukupi untuk memenuhi permintaan ini. Masalah tidak dapat membekalkan darah mengikut permintaan biasanya timbul pada masa-masa tertentu sahaja,” katanya.
Trend kekurangan bekalan darah selalunya berlaku selepas musim perayaan yang panjang, misalnya penghujung bulan Ramadan, pada hujung, awal dan pertengahan tahun.
         Keratan Akhbar Bernama
Peningkatan permintaan darah berlaku kerana pertambahan bilangan jumlah hospital awam dan swasta, bilangan doktor terlatih yang mampu merawat dan peningkatan tahap kemahiran dan kepakaran doktor bedah.
Roshidah berkata, PDN memerlukan lebih 550,000 penderma dari seluruh negara pada tahun ini bagi memastikan bekalan darah berada dalam tahap konsisten di pusat itu.
“Di PDN sahaja, kami sasarkan 400 hingga 420 pendermaan akan dibuat di pusat kami setiap hari,” katanya.
PDN membekalkan kira-kira 400 unit darah merah sehari ke hospital-hospital dan klinik swasta yang berdaftar dengan PDN di sekitar Wilayah Persekutuan, Selangor, Pahang barat serta Negeri Sembilan.
PDN memerlukan lebih daripada 2,500 unit pada satu-satu masa bagi membekalkan darah mengikut permintaan. Roshidah berkata, semua jenis darah yang didermakan amat diperlukan oleh pesakit.
“Tidak kiralah sama ada seseorang itu tergolong dalam kumpulan darah A, B, AB atau O ataupun ia daripada kumpulan Rh Negatif atau Positif, semuanya dialu-alukan untuk tampil menderma darah,” katanya.
Beliau berkata, wujud juga tanggapan yang salah berhubung jangka hayat darah hingga menyebabkan kurang aktiviti menderma darah.
“Ramai yang masih menganggap bahawa darah yang didermakan itu boleh tahan lama, maka mereka ingat hanya perlu mendermanya sekali sahaja atau mereka rasa tidak perlu menderma kerana sudah ada orang lain yang menderma.